Thursday, April 22, 2010

Mengapa kita mengeluh?..

Salam..

KENAPA MANUSIA SERING MENGELUH?...terlalu banyak yang dikeluh kesah sehingga kita merasakan dunia tidak adil..Bahkan sampai ke tahap merasakan Pencipta kita yang tidak adil...mengapa?...tanya diri kenapa...kadang kadang apabila kita tanya kepada diri sendiri kita memperolehi jawapan yang mengenakan diri kita..Lantas kita mencari alasan supaya kita boleh mempersalahkan kelemahan kita atas perbuatan orang lain..

Contohnya..kenapa aku tidak dapat keputusan cemerlang dalam ujian,sedangkan aku belajar bersungguh-sungguh...(sedangkan yang kita katakan bersungguh sungguh tu bukannya istiqamah pun)..lantas kita menyalahkan ibu bapa sebab tak menghantar kita ke tution sedangkan rakan lain yang mendapat straight A mempunyai tution..kita sengaja mencari mencari alasan agar kita tak dipersalahkan...kita mengeluh tak sudah-sudah macam dunia nak hancur...menangis dan meraung-raung tak tentu hala..sehinggakan sampai ke satu tahap kita ambil jalan mudah dengan makan pil penenang berlebihan..tatkala itu syaitan memainkan peranan nya,mencucuk kita tanpa kita sedari ,akhirnya nyawa kita sendiri dipertaruhkan..

dan kita menyalahkan syitan kerana menghasut kita..tapi pernahkah kita terfikir bahawa sejak dahulu lagi syitan sudah berjanji bahawa akan menghasut anak adam sehingga sehingga nyawa kita dicabutkan..jadi buat apa kita hendak menyalahkan syaitan..umpama lagu bangau oh bangau..menyalahkan satu demi satu tanpa ada kesudahan...

Jadi mesti anda tertanya-tanya nak salahkan sapa .?...(buka minda , tanya diri , selami akal dengan rasional)

Kadang-kadang kita mengeluh tanpa memikirkan bahawa dengan Allah menutup satu jalan ,Allah telah membuka lebih banyak jalan buat kita..cuma kita ni yang kadang-kadang dikaburi oleh kesusahan yang kita sendiri cipta...buat yang masih belajar,kita sering mengeluh yang ibu bapa tak pernah beri wang saku yang cukup , ibu bapa senyiasa mengkongkong diri kita dan sebagainya..tapi pernah kah kita tanya berapa banyak wang yang ibu bapa kita guna untuk keperluan diri kita sendiri berbanding wang yang mereka gunakan untuk membesarkan kita..fikir-fikirkanlah..dan pernahkah kita terfikir bahawa kanak-kanak di Palestin hanya memikirkan bahawa dapatkah mereka hidup sampai saat ini dan ada makanan kah untuk mereka makan..lihatlah perbezaan kita dan mereka..jauh bukan?.....

Oleh itu , sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan apa-apa yang kita hadapi..kita usaha bersungguh-sungguh , berdoa kepada Allah dan tawakal...kalau kita nak kejayaan kita mestilah minta kepada the owner..dan ingatlah bahawa setiap apa yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha yang kita lakukan..

Yaya percaya dan yakin bahawa Allah maha adil..segala perkara yang ikhlas kita lakukan pasti akan mendapat ganjarannya..kalau kita kata Allah tidak adil , masakan orang yang bukan Islam boleh mendapat kekayaan dan kemenangan kerana hak Allah boleh menyekat rezeki mereka , kerana Allah adil lah mereka diberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang mereka lakukan yakni bersungguh-sungguh..

Sampai sini sajalah coretan Yaya untuk kali ini , andaikata ada yang tersilap harap ditegur..jumpa lagi!!!

2 comments: