Saturday, December 18, 2010

Negeri 5 menara

Negeri 5 menara

Akhir-akhir ini semangat membaca novel semakin membara walaupun kekangan kerja tutorial dan assignment semakin banyak.Seperti sudah ketagih apabila membaca novel mesti dihabiskan dengan pantas pembacaan itu agar tidak menganggu waktu belajar.Untung sekali saya jenis yang gemar membaca novel yang memberi motivasi dan bukannya cinta semata-mata.Jarang-jarang sekali ada novel yang dapat membuat semangat saya berkobar-kobar untuk meletakkan nya sebagai salah satu bahan bacaan untuk dibaca oleh anda sekalian.Novel yang dimaksudkan ialah Negeri 5 menara,hasil karya A.Fuadi.Anak kelahiran Bayur,sebauah kampUng kecil di pinggir Danau Maninjau,berdekatan dengan kampong Buya Hamka.

Tatkala membaca novel ini saya lantas teringat Ustazah Habibah,seorang guru arab di sekolah saya dahulu SMK A Tun Ahmad Zaidi yang pernah menceritakan tentang sebuah sekolah agama di Indonesia yang memang mirip-mirip sekolah pondok yang dikisahkan dalam novel ini.Sebuah sekolah pondok yang menitik beratkan soal agama,disiplin untuk menghasilkan seorang pemimpin yang punya kekuatan akidah yang kukuh.Sebuah sekolah pondok yang bahasa komunikasinya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.Tidak dilupakan guru-guru yang menginfakkan diri untuk madrasah tersebut.Mengajar anak muridnya dengan penuh dedikasi tanpa ada bayaran gaji sekalipun.Seluruh 24 jam masanya hanya untuk anak madrasah tersebut.

Teringat dengan amanat ummi Alif yang menghantar anaknya ke madrasah tersebut Pondok Madani agar anaknya dapat membantu umat Islam yang lain.Umminya tahu kebanyakkan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah agama kerana anak-anak tidak punya akhlak yang baik dan juga akademik yang baik.Uminya risau nasib umat Islam akan datang.Uminya khuitiri sekolah agama dipandang serongdan hanya untuk anak-anak yang bermasaalah. Uminya berpendirian bahawa pandangan terhadap sekolah agama harus diubah,bukannya hanya tempat bagi anak-anak yang mempunyai masalah akhlak dan pelajaran tetapi sebetulnya untuk menyemai benih yang benar-benar unggul.Alif anaknya yang sedari kecil memang cerdas dalam akademik disandarkan harapan agar anaknya dapat menjadi pemimpin Islam yang dapat meningkatkan martabat umat Islam.Dalam keadaan separuh rela dan tidak Alif yang sememangnya berimpian untuk menyambuang pelajaran di SMA dan bukanya sekolah pondok terpaksa patuh padah harapan ibunya.Sebagai tanda protes dia memilih untuk menyambuang pelajaran di Pondok Madani ,sebuanh sekolah agama yang jauh sekali dari tempat tinggalnya.

‘Man jadda wa jadda’ slogan yang sentiasa bermain di mulut pelajar PM(Pondok Madani) ini.Mereka diajar oleh guru-guru di sana yang diketuai oleh Kiai Rais untuk sentiasa berusaha bersungguh sungguh dalam melakukan apa sahaja perkara.Yang menariknya segala perkara yang dilakukan akan diajarkan supaya ikhlas dalam melakukan perkerjaannya walaupun perbuatan tersebut adalah berbentuk hukuman.Abang-abang senior akan sentiasa menanam di dalam hati junior mereka supaya ikhals melakuakan pekerjaan.Menariknya PM ini menghukum pelajarnya dengan menjadikan pelajarnya jasus(mata-mata) untuk mengambil nama murid yang melakukan kesalahan.Bagi Alif dan sahabatnya menjadi jasus sesuatu hukuman yang perlu dijauhi.Malangnya,itulah hukuman pertama Alif sekumpulan apabila baru minggu pertama di PM gara-gara lewat5 minit ke masjid.Sungguh menakjubkan sebuah sekolah yang langsung tidak berkompromi walaupun hanya terlewat beberapa minit.Seorang pemimpin yang baik selalu menepati masa.Inilah yang harus kita pelajari.Sebagai seorang pelajar kita seharusnya mengambil iktibar dalam mengendalikan masa kita.Seharusnya kita yang menunggu guru masuk ke kelas bukan guru yang menunggu pelajar.

Sesuatu yang istimewa dalam novel ini adalah guru-guru yang penuh dedikasi mengajar anak muridnya walaupun tanpa sebarang gaji sekalipun.Teringat kata- Ustaz Khalid yang beliau mewakafkan dirinya kepada PM.Segala-gala yang dilakukan adalah ikhlas beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.Mewakafkan diri merupakan satu perkara yang baru bagi diri saya sendiri.Saya langsung tidak menyangka ada yang berbuat demikian.Apabila segalanya yang kita lakukan ikhlas kerana Allah,kita tidak akan terasa terbeban.Teringat jenaka yang dilakukan oleh seorang sahabat Alif yang mengatakan bahawa dia ikhlas apabila mengantuk dan tertidur apabila diamaanhkan untuk berjaga malam demi memastikan keselamatan PM.Sehingga begitu sekali konsep ikhlas yang dilontarkan oleh novel ini.

Satu lagi yang menarik dalam novel ini adalah ukhwah dikalangan 6 sekawan ini yang dipanggil Sahibul Menara(Raja,Dulmajid,Baso,Alif,Said,Atang).Sentiasa bersama-sama ke mana jua.Ukwah yang dibina kerana Allah semata-mata.Masing-masing mengajar sesama sendiri dengan ikhlas,meluahkan perasaan dan membina angan-angan yang tinggi.Teringat kata-kata Said apabila mereka berenam sedang belajar ‘Man thalabal ula sahiral layali’(sapa yang mahu mendapatkan kemulian maka bekerjalah sampai jauh malam).Kata-kata inilah yang saya pegang apabila ingin melakukan shiral lail.Apabila perasaan malas mula menjalar dalam diri akan saya teringat kata-kata Said.Baso yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil yang terpaksa tinggal dengan neneknya dan hidup dengan ihsan seorang jirannya yang menanggung pelajarannya di PM amat memberi kesan di hati saya.Kata Baso dia berusaha menghafal al-Quran dengan baik agar dapat meberi jubbah kemulian kepada ibu bapanya di akhirat nanti.Itu sahaja yang dapat dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapanya yang sudah tiada.Malang bagi Baso tidak dapat menghabiskan pelajaran di PM kerana terpaksa balik kampung untuk menjaga nenekya yang sudah tua.Katanya untuk berbakti kepada neneknya yang sekian lama ini telah membela dia.Katanya apabila di kampung halaman dia boleh menjadi guru di kampung nya dan juga menghabiskan menghafal al-Quran tengan gurunya.Ternyata pulangnya ke kampung tidak sia-sia apabila hafazan al-Quaran dia semakin meningkat.

Konkusinya,novel ini menimbulkan banyak persoalan dalam diri saya.Apa sebenarny tujuan saya belajar?..Mampukah saya belajar dengan ikhlas tanpa bersungut?..Banyak perkara yang mencambah minda selesainya membaca novel ini.Sekali lagi saya mengajak pembaca membaca novel ini.Iqra!!!

Siap taip:
2pm-18disember2010-

No comments:

Post a Comment