Sunday, July 25, 2010

Bangkitlah...

Assalamualaikum...

Lama dah tak tulis dalam blog ni,rasa-rasanya dekat nak sebulan dah..kawan-kawan pun dah minta nak tengok post baru..hehehee..so,sini Yaya ada tulis satu sajak..hayatilah....

Bangkitlah

Bangkitlah…

Wahai kalian semua bangkitlah,

Mana dia lagasi Saladdin untuk membebaskan Palestin,

Demi Al-Quds,Palestin,

Demi Kiblat pertama,

Demi tempat para nabi pilihan dilahirkan,

Demi tempat jihad para syuhada,

Tika mentari mula menampakan diri,

Mana kita semua,

Yang mengaku diri sebagai muslim,

Dimana senjata doa kita?

Dimana usaha –usaha kita?

Dimana pegangan-pegangan kita?

Terima kasih saudaraku di Gaza,

Kerana tetap tabah membela tempat suci kita,

Dengan debu dan batu,

Dengan kalimat Allahu Akbar,

Semangat mu tak pernah luntur,

Walaupun nyawa menjadi taruhan,

Terima kasih..

Kami di sini sentiasa bersamamu.

Allahu Akbar!!!


Sabda Rasullullah s.a.w:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran
dan tegas mendepani musuh.Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya Di mana mereka itu?Baginda menjawab Mereka berada di Baitul Maqdis
dan di kawasan sekitarnya.